afiyat2u.com

Visi & Misi Olive House

VISI
Menjadi Peneraju & Pembekal Pilihan Bagi Produk Semulajadi & Organik Yang Telah Terbukti Dengan Kajian Saintifik

MISI
1. Kami adalah entiti perniagaan yang memasarkan produk semulajadi dan organik berkualiti tinggi
2. Kepentingan kami adalah untuk membekal dan mengedar produk semulajadi dan organik berkualiti tinggi
3. Tanggungjawab utama kami adalah untuk memupuk budaya pengambilan produk kesihatan yang terbukti secara saintifik
4. Objektif kami adalah untuk membentuk usahawan yang berdikari dari aspek ekonomi dan berpengetahuan tinggi

==============================================================================================

Kami (Afiyat Resources) adalah ejen berdaftar Olive House yang beroperasi di Shah Alam dan menyediakan perkhidmatan jualan produk Olive House secara Langsung & ONLINE untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.

Senarai Produk Utama Olive House:
Minyak Zaitun OLIVIE Plus 30x, Morocco
Olivie Power Up, Morocco
Pati Minyak Zaitun Extra Virgin, Turki
Sari Cuka Teen Aydin, Turki
Kurma Ajwah, Arab Saudi
Buah Teen Separa Segar, Turki
Pati Delima Organik, Azerbaijan
Jus Delima Organik, Azerbaijan
Madu Pergunungan MultiFlora, Kyrgyzstan
Serbuk Ceylon Cinnamon, Sri Lanka
Dll.

Talian Khidmat Pelanggan: 010-6562726

==============================================================================================     

OLIVE HOUSE – OLIVE HOUSE – OLIVE HOUSE – OLIVE HOUSE – OLIVE HOUSE – OLIVE HOUSE – OLIVE HOUSE

olive house

OLIVE HOUSE merupakan sebuah syarikat diatas nama OHR Marketing Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai syarikat milikan tunggal dibawah nama OLIVE HOUSE Resources dan secara rasminya sebagai syarikat sendirian berhad pada tahun 2014.

Segalanya bermula dengan perantauan seorang anak muda ke Timur Tengah untuk menimba ilmu yang bukan sahaja menghasilkan seorang graduan dalam bidang Undang-Undang dari Al-Azhar, Mesir malah juga menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang berkaliber.

Pengalaman menjalani kehidupan di sana membuat Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin, pengasas Olive House, amat tertarik dengan budaya amalan pemakanan buah zaitun dan diet pemakanan masyarakat di sana yang dikenali sebagai Diet Mediterranean.

Beliau menyedari pengambilan pati minyak zaitun memberikan impak kesihatan yang amat baik bagi masyarakat di Timur Tengah terutamanya dalam membantu menghindarkan penyakit jantung. Sejak itu, beliau bertekad untuk membawa produk pati minyak zaitun yang tinggi khasiatnya pulang ke Malaysia untuk berkongsi manfaatnya kepada semua.

Olive House kini sentiasa merancang untuk memperkenalkan produk-produk baru di pasaran melalui jaringan ribuan ejennya di seluruh Malaysia yang diuruskan oleh 14 cawangan pengurusan yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah.

 

Aafiyat Lifestyle

Aafiyat membawa pengertian kesejahteraan yang antaranya merangkumi aspek kesihatan dalam kehidupan.
Pemakanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesihatan setiap individu dan ilmu mengenainya penting untuk menjalani kesejahteraan hidup.

Peranan Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin bergiat sebagai usahawan yang berkongsi pengetahuan tentang khasiat produk-produk Olive House kepada masyarakat Malaysia seterusnya dikembangkan lagi dengan memperkenalkan konsep Aafiyat melalui program TV Aafiyat Lifestyle yang merupakan rancangan perkongsian ilmu dan informasi mengenai kesihatan dan pemakanan sihat.

Aafiyat membawa pengertian kesejahteraan yang antaranya merangkumi aspek kesihatan dalam kehidupan. Pemakanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesihatan setiap individu dan ilmu mengenainya penting untuk menjalani kesejahteraan hidup.

Aafiyat Lifestyle Musim 1 telah bersiaran setiap minggu di TV AlHijrah dari Ogos hingga Oktober 2016.

Aafiyat Lifestyle Musim 2 pula akan terus bersiaran di Astro OASIS mulai 23 Februari 2018 dengan hos kegemaran Azizah Ariffin selama 13 Episode lagi.

Musim 2 juga memberi fokus kepada topik-topik yang relevan bagi rakyat Malaysia seperti masalah penjagaan mata dan buah pinggang, jantung, otak, resdung dan banyak lagi. Doktor dan pakar kesihatan & pemakanan dijemput untuk mengupas aspek-aspek pemakanan dalam konteks perubatan dan sains.

Rancangan ini turut diwarnai dengan artis-artis jemputan di dalam setiap episod yang berkongsi amalan  pemakanan aafiyat. Musim 2 juga menyentuh tentang pembetulan kesilapan-kesilapan yang lazim dalam pemahaman tentang kesihatan dan pemakanan.

Tontoni Aafiyat Lifestyle Musim 2

Sama-Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat.

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Olive House

Aidil Azwal Bin Zainudin

Tarikh/Tempat Lahir

31 Oktober 1981 di Alor Setar, Kedah.

Pendidikan

Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Al Azhar, Mesir